Thursday, February 25, 2010

anak saudara baru

profil anak saudara baruku...

nama : nurul asyikin hidayah
nama ibu : miey
nama ayah : shah
tarikh lahir : 25 februari 2010
tempat lahir : hosp sungai buloh

 

ni die nurul asyikin hidayah




Wednesday, February 3, 2010

harga getah la ni....

Terkejut jgk tgk pasaran harga getah la ni. RM 6.00...woow..satu ekar boleh dapat RM400 sehari. Bayang kan kalu org ada tanah getah seluas 12 ekar, berapa lah agaknya org tu boleh dapat sehari...sebulan...

p/s: tak berpeluang lagi untuk dapat banyak tu...tapi insya allah


Thursday, December 31, 2009

NEW YEAR 2010


HAPPY NEW YEAR

Tahun 2010, bakal melakar suatu sejarah lagi dalam hidup ku. Tak lupa aku nak ucapkan selamat tinggal tahun 2009. Tahun yang mempunyai sejarah nya yg tersendiri dalam kamus hidupku.
Biarlah apa yang berlaku dalam tahun 2009 terus menjadi sejarah. Mana yang baik aku ambil dan mana yang tak baik pun aku ambil juga tapi aku belajar sesuatu darinya agar tak berlaku kesilapan lagi.

Aku tak sabar menunggu tahun 2010. Selain umur ku bertambah setahun lagi, aku n myhubby juga akan menerima kehadiran si kecil yang selama ini ditunggui. Insya Allah bulan Mei ini, aku n my hubby boleh membentuk sebuah keluarga.

Tahun 2010, mencatat sebagai tahun yang ke5 dalam karier ku sebagai seorang guru. Sekejap je rasanya, dah 5 tahun pun semenjak aku keluar dari maktab perguruan. Alhamdulillah aku semakin menyukai kerjaya sebagai guru ini, sementelah aku harap pengalaman-pengalaman aku yang terdahulu dapat digunakan sepenuhnya untuk tahun 2010 pula. Aku berazam untuk menjadi seorang guru yang luar biasa. Macamana tu? Agak pelik bunyi nyer tapi tak mustahil akan berlaku. Aku berharap agar aku dapat mengajar dengan sempurna dan anak-anak murid ku dapat menerima semua ilmu yang aku ajarkan dengan baik. Semoga anak-anak murid ku sekarang dan terdahulu dapat memanfaatkan segala ilmu yang aku ajarkan.

Satu2 nya benda yang aku nak buat tahun ni ialah menyambung study ku. Dah 2 kali aku tolak tawaran buat Master. Kali ketiga ni aku harap dah tak ada halangan lagi. Doakan aku...

My darling..thank you so much. Ni tahun ke 3 kita berkahwin. Terima kasih sebab banyak sabar dengan diriku dan melayan ku dengan baik, walaupun kadang-kadang abang ni nakal orang nya.

SELAMAT TINGGAL 2009



Wednesday, December 16, 2009

2nd ANNIVERSARY...

Memandangkan pagi esok aku dah nak balik Batang Kali dan meninggalkan my darling sehingga 24hb ni, jadi di kesempatan ini aku nak wish hepi 2nd anniversary for my beloved hubby tanggal 20th of Disember 2009.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada my husband yang selama hidup bersamanya 2 tahun ini, abang adalah suami yang terbaik di dunia. I love u so much

Tuesday, December 15, 2009

PUAS HATI CHECK-UP DI HOSPITAL PUSRAWI

Alhamdulillah..aku n my husband g hospital Pusrawi Kuala Lumpur utk buat detail scan pada 12 Disember 2009.Menurut doktor Asmah Yun, babyku ini sihat. Pada mulanya, kitaorg berdebar juga, adakah permata hati sulung ni akan menghadapi sebarang masalah, tetapi alhamdulillah..setakat ini sihat..lega dan bersyukur bilaa doktor cakap begitu, berbeza dengan doktor di Klinik Kesihatan Batu Gajah yang sesuka hati buat andaian macam2...

Mu'izz @ Afifi...akhirnya doktor kata Afifi..Alhamdulillah jugak..janji baby tu sihat dan sempurna mental dan fizikalnya. Itu yg selalu aku doakan.



Walaupun charge yg dikenakan rm211.00...tetapi hasil pemeriksaan dan layanan di sana amat memuaskan hati aku. Berbeza benar dengan servis di hospital kerajaan..rasanya sampai setakat hari tu jelah aku g checkup kat hospital kerajaan..buat sakit hati je g jupa doktor kerajaan ni.

Afifi...I'm waiting for you...


Friday, December 4, 2009

PERKEMBANGAN BAYI

1)Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.

Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.

Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.

Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.

Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.

Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.

Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.

Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.

Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.

Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.

Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.

Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.

Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.

Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Jangan hidupkan pendingin hawa kereta serta-merta!!!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.

Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan… dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.

Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.

p/s:perlu disimpan untuk ingatan/waspada selalu bila mula2 naik kereta!!!

Wednesday, December 2, 2009

*Cerita*di*pagi*khamis*

Pagi khamis yang ceria coz dah tak hujan disini..Alhamdulillah...cuaca agak nyaman dan mengizinkan untuk keluar rumah sambil2 makan nasi kerabu dengan adik bongsu ku di pekan Jeli. Lama jugak tak merasa nasi kerabu yang ada tumis, bukannya nasi kerabu darat yang biasa boleh diperolehi di pasar2 malam atau kedai2 lain..cuma telur masinnya yang dah berbau...



Ramai jugak di kedai makan tu. Sambil2 mata memandang jugak kanan dan kiri kot2 ada yang aku kenali menyinggah di situ. Nampaknya tak de sorang pun yang aku kenal...Cuma mata dan fikiranku singgah pada sekumpulan lelaki di meja makan sebelah sana yang agak segak berpakaian batik. Kalau tak salah tekaan ku mereka mesti oarang kerajaan, sementelah orang kerajaan diwajibkan memakai baju batik pada hari khamis .
Hmm...jam ditangan dah melepasi masa senyum..itu bermakna waktu tu dah lebih jam 10.10 pagi. Tak kerja ke diorang tu? Boleh pulak meninggalkan pejabat waktu2 gini..Boleh pulak duduk lama di kedai makan. Kalau diorang masuk pejabat pukul 9.00pg takkan lah pukul 10 pagi dah rehat..amboi...agak lama juga diorang makan sambil berbual2, hisap rokok, gelak2...

Aku bukannya apa..tak mau busy body..tapi terdetik di hatiku, malu lah berada di tempat yang tidak sepatutnya waktu2 yang sepatutnya diorang bekerja. Kalau dah satu meja meninggalkan pejabat, siapa lagi yang ada di pejabat? Itulah agaknya orang ramai selalu merungut kalu berurusan di pejabat2 kerajaan..macam2 karenah katanya...agaknya situasi yang macam nilah yang menyumbang kepada banyaknya komen2 dan rungutan di dada-dada akhbar tentang sistem penyampaian kerajaan yang lemah. Kesian kat menteri2 yang menwar2 kan tentang penambaikan sistem penyampaian kerajaan, tetapi pelaksannya entah kan faham entah kan tidak tentang hasrat kerajan itu..

Hmm..aku pun kakitangan kerajaan jugak...baik lah aku muhasabah diriku juga..harap2 aku tidak tergolong dalam golongan orang2 yang leka dalam menunaikan tangunggjawab dalam mencari rezeki yang halal dan diredai..Bak kata suami kesayanganku tentang mc yang olok-olok...kalau kita mc olok-olok, haram bagi kita makan duit gaji yang kita terima pada hari tu...:)
 


Tuesday, December 1, 2009

BUDU



Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun,Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilisyang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E danK).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Monday, November 30, 2009

Sejujurnya....

Dah lama aku tak singgah di blog ini. Blog yang kurang kasih sayang dan perhatian ini masih lagi menjadi lembaran untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hatiku. Aidiladha sudah berlalu..sekarang cuti sekolah, masih ada lagi kerja-kerja di sekolahku yang belum dibereskan. Tunggulah panggilan telefon dari pihak pentadbir sekolahku.Mesej dari PPD pun dah mulai memenuhi inbox handsetku..

Keseorangan...itulah yang boleh aku describe kan tentang aku sekarang ni..darling tersayang kerja..adik beradik jauh...ibu bapa pun jauh...kawan-kawan dengan aktiviti masing-masing...hanya komputer ini yang menjadi teman ku kini..Jangan duduk berseorangan! Itu yang cuba aku elakkan, bukan tak boleh aku keluar dari rumah ini menjenguk jalanraya di Jeli ni, memenuhi janjiku untuk kerumah kawan-kawan terutama ke rumah Kak Nie untuk belajar menjahit sulam tangan pada tudung, menziarahi nenek dan datukku yang hanya beberapa kilometer dari rumahku, makcik2 dan pakcik2 yang asyik bercerita tentang 1001 macam perkara...semua boleh aku buat sekarang ni..tapi aku malas nak keluar..sudahnya kalau tak depan komputer, depan channel 131 atau 951 yang aku hadap..

Sejujurnya...aku risau..7 Disember ni aku akan ke hospital untuk menjalani detail scan baby ku yang dah berusia 17minggu ni..Detail Scan dalam bahasa omputihnya tetapi dalam bahasa melayunya ialah Imbasan Ketaknormalan Fetus.Tujuan untuk menjalankan imbasan ini ialah untuk mengetahui anatomi bayi dengan lebih lanjut, mengesan ketaknormalan perkembangan dan struktur fetus, dan untuk menentukan kedudukan plasenta. Imbasan ini boleh mengesan sebanyak 80% bayi yang mengalami ketaknormalan fizikal serius seperti spina bifida atau lubang pada jantung. Doktor hantar aku pergi buat detail scan!!Maknanya kandungan aku bermasaalah sekarang ni..Itu yang diberitahu oleh doktor Shamsul, doktor Noraza dan doktor Tiew lewat pemeriksaan kandungan ku yang lepas. Sebabnya aku di kesan mempunyai HBA1C yang tinggi yang memungkin kan baby ku tak normal..

Kerisauan...kadang kala air mata ini menitis memikirkan tentang nasib yang bakal menimpa baby ku ini. Kesian nanti kat dia..Sepanjang hari setiap detik setiap saat aku berdoa agar baby ku sihat mental dan fizikalnya..kehadiranya akan membahagiakan aku dan suamiku..aku mahu dia sihat seperti saudara maranya yang lain..Aku dilarang untuk berfikir yang bukan-bukan sementelah keputusan belum keluar, tapi aku tidak mampu menolak untuk berfikir sebarang kemungkinan yang bakal aku perolehi nanti. Banyak kes seperti aku, tetapi baby yang dilahirkan sihat dan sempurna..Ya allah aku pohon agar aku juga seperti itu dapat melahirkan dan membesarkan baby yang sihat mental dan fizikalnya..ku pohon darimu Ya Allah. Doakan aku dan baby ku...kesian kat dia insan yang belum menjengah alam dunia tetapi telah melalui ujian dari Allah..Biarlah dia tidak terkesan dari apa2 penyakit dari ibunya ini...Biarlah baby itu menjalani kehidupannya di dunia ini..berikan lah dia kesempatan...Aku mengingatkan diriku sendiri, jangan berfikir yang bukan-bukan...berdoa dan terus berdoa...Berdoa agar semuanya selamat...agar dua-duanya sihat...Tolong aku Ya Allah...

Permulaan...  sewaktu menjalani Ujian Pregnancy Test ( UPT ) di Hospital Jeli, aku disahkan positif mengandung. Itu berita yang mengembirakan..Kemudian air kencingku di dapati mempunyai kandungan gula dan bila check blood sugar..bacaannya ialah 11.9. Itu berita yang menyedihkan. Doktor kata tinggi dan aku diarahkan untuk buat Blood Sugar Profile ( BSP ) di Klinik Desa Panglima Bayu..Masa tu bulan puasa..seingat aku aku kuat minum air tebu, makan kuih muih especially akok dan banyak minum air ribena....Itulah agaknya kandungan gula dalam darahku tinggi...Bila aku buat BSP bacaannya memang agak mengerikan..Doktor Tiew mengarahkan agar aku mengambil suntikan insulin tetapi aku refuse..aku nak jalani diabetik diet terlebih dahulu..Alhamdulillah setelah 2 minggu aku menjalani diabetik diet, paras bacaan BSP semakin baik dan kini bacaan gulaku berada paras yang normal. Tetapi aku masih lagi dianggap sebagai penghidap kencing manis..Pada kad pemeriksaan kandunganku juga ada stiker kuning..tu tandanya orang yang berisiko mengandung dan aku di tag GDM. Aku rasa proses BSP ini tak adil bagi diriku..Bila difikir-fikirkan, kenapa kena amik bacaan pada masa-masa yang ditetapkan seperti pada pukul 8.00pagi( fasting ), 12.00pm( pre lunch ), 6.00pm ( pre-dinner ) dan 9.00pm( pre bed )...then aku beli glukometer, nak check sendiri di rumah..tapi apa yang aku buat aku check selepas 1jam aku makan dan sekali lagi selepas 2 jam aku makan..Bacaan berubah-ubah tetapi masih lagi diparas normal. Pernah aku check selepas 1 jam makan, bacaan gulanya  5.8 dan selepas 2 jam bacaanya 4.8..Memandangkan kos agak tinggi untuk membeli strip darah yang harga nya rm2 setiap kali guna, sekarang ni aku hanya buat ujian gula tu setiap 2jam selepas makan..dan alhamdulillah, bacaanku kadang-kadang mencecah 4.2..Tetapi...bila jumpa doktor aku tak habis-habis dikatakan penghidap kencing manis..Pernah doktor Shamsul sebut.."awak ni memang penghidap kencing manis yang kronik!!"..walhal sebelum aku g jumpa dia blood sugar test aku 5.4!! Kronik ke tu???!!!Dia tahu tak makna perkataan kronik tu? Atau pemahaman aku pada perkataan kronik itu berbeza dengan apa yang dia faham!!!Bahasa Malaysia aku terlalu lemahkah sehingga kan makna perkataan kronik tu pun aku tak faham!!! Kalau aku penghidap kencing manis yang kronik, kenapa bacaan gula dalam darah boleh turun keparas normal selepas 2jam makan tanpa pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin!!Kenapa??Bagi aku penjelasan tentang itu kalu ada sapa2 yang tahu..mungkin aku akan dapat jawapan dari soalan-soalanku tadi..mungkin memang betul aku penghidap kencing manis yang kronik!!!...Aku juga mencabar diriku sendiri...aku makan aiskrim, makan bar coklat yang besar, minum milo , teh. kopi , makan nasi beras Siam yang sememangnya tinggi kandungan kanji, makan kuih-kuih yang manis, minum ais, makan buah mangga manis...semuanya untuk lihat berkenaan bacaan gula dalam darahku selepas 1 jam atau 2 jam...dan alhamdulillah..pagi tadi 1 Disember 2009 jam 8.00pagi bacaan gula ku 4.8, itupun bacaan setelah terlupa tenguk air milo sebelum test...kalau ada sesiapa punya pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, tolong lah bagi tau aku...tolonglah bagi penjelasan, mungkin sebab aku tak tahu pasal dunia perubatan ni...tolonglah clearkan apa yang ada di fikiranku ini...betul kah aku penghidap kencing manis yang kronik seperti yang dikatakan oleh doktor shamsul tu? Betul kah bacaan gula aku tu petandan kepada masaalah kencing manis yang kronik? Adakah baby ku ini tak sempurna disebabkan bacaan kencing manisku ini seperti yang diberitahu oleh dr shamsul dan dr noraza?





Tuesday, September 29, 2009

m*i*s*c*a*r*r*i*a*g*e

for mom-to-be..yg pernah alami miscarriage..jgn lah bersedih...anggaplah ianya belum ada rezeki lagi..pray for me and pray for all mom-to-be...









Aku sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melimpahkan rahmatnya kpd ku..Semoga aku dapat melepasi saat2 kritikal ni...Doa nabi yunus sentiasa di amalkan...semoga urusan aku sentiasa dipermudahkan...



aku tak mahu...tak mahu...tak mahu terima ucapan ini lg...





walau org2 disekelilingku sentiasa ada untuk mendamaikan jiwa..
tapi..cukup lah sehingga 2x tu aje..




sebab kesedihan akibat miscarriage tak tertanggung olehku...

Please God...bless me...
Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Agung lagi Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan pemilik Arasy yang agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang Pencipta dan Penguasa langit dan bumi dan Tuhan pemilik ‘Arasy yang mulia. Wahai Dzat yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri, tiada Tuhan selain Engkau; dengan rahmatMu, aku memohon pertolongan.

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.

Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadanya.

Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan perempuanMu. Hidupku ditanganMu. Telah berlalu qadha Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam KitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada disisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al’Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihan dan pengusir kecemasanku.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat)”.


GENAP 5 BULAN BEROPERASI....

PUSAT KOMPUTER AZAM

TELAH GENAP 5 BULAN BEROPERASI



Doakan agar cyber cafe kami ini beroperasi

dengan lancar dan diberikan kemurahan rezeki oleh

Allah s.w.t...amin....

Monday, September 28, 2009

calculate my due date


Petang2 gini, sementara tunggu myhubby balik dari kerja, aku test due date prgnancy calendar ni...kalau ikut klinik, nurse bgtau due date 6 May 2010, tapi kat laman web ni, due date nya 8 May 2010..Kalau 10 May pun ok, coz sama dgn birthday my hubby..Any way, x kisah bila pun...asalkan semuanya selamat...doakan...

Monday, September 14, 2009

Alkisah KPLI

Susah betul nak dapat KPLI dulu walaupun masa tu aku jadi guru sandaran tidak terlatih.  Pertama kali aku mohon KPLI masa tahun 2003. Alkisah x mahu keluar dari KL, aku pastikan opsyen yg aku nak minta tu biar ada di Maktab Teknik Cheras. Aku minta kursus Lukisan Kejuruteraan SM. Bila dipanggil interview KPLI, setengah jam aku dlm bilik interview..macam2 ditanya, dan banyak benda yg aku x boleh jawab, sementelah, aku pun x berapa mahir juga Lukisan Kejuruteraan ini, banyak jugaklah aku hentam jawapannya. Keluar je dari bilik interview, aku dah rasa mungkin aku tak dapat KPLI kali ni. Tak pe cubaan yang pertama, sekurang2nya dapat pengalaman bagaimana org kena interview. Kesian jgk kat abah aku, x kerja hari tu semata2 nak hantar aku gi interview. Dah lah bertolak sebelum subuh..Bila kuar result interview KPLI, kebetulan masa tu abah aku sakit lutut. X boleh nak keje, x boleh nak bawak kereta. Kesiannya...masa nak bagitau yg aku x dpt KPLI, x sampai hati rasanya.
Jika tahun 2003, aku dapat GSTT, untuk tahun 2004 pula aku hanya sebagai guru ganti saja. Tahun ni juga, aku banyak apply keje dalam bidang aku. Aku dapat keja di TELEKOM, Kilang Plastik sebagai Production Exec, Electrical Engineer di Consultant Firm, Project Estimator di Switchboard Company, tapi semuanya aku tolak..teringat masa di semester akhir, member2 dok pulun final exam, aku plak dok pulun buat resume. Aku dapat keje sebagai Project Estimator di company switchboard maker di SS15 Subang Jaya. Malang sungguh, aku kena extend study sebab paper electronics aku fail. Tapi mujurlah, kelas electronics tu start pukul 6 petang dan boss aku yg baik hati bagi aku pulang awal. Kelas yg seminggu sekali itu, aku boleh attend..jadi aku masih boleh meneruskan keje aku walaupun tak grad lagi..Aku bersyukur, sebab member2 yg grad awal dari aku terpaksa menganggur dan berhempas pulas utk cari keje..
Keje..keje..dan terus kerja mengadap autocad switchboard..tekad aku nak lulus electonics, tapi masih lagi fail..means that aku kena extend study lagi...Akhirnya aku amik keputusan resign, aku nak tumpu pada study aku..aku balik ke batang kali, dah tak dok shah alam lagi..Tapi aku terfikir, takkan lah aku nak rileks saja di rumah..Tu yang kemudian datang idea, why not aku jadi GSTT...sekali apply GSTT, terus dapat di SK Kg Kuantan, dekat dgn umh aku...Akhirnya, aku grad jugak..dapat ijazah sarjana muda( kepujian ) kejuruteraan elektrik...
Untuk tahun 2004 ni, banyak masam2-manis..Aku apply KPLI untuk kali ke2..kali ni, aku amik opsyen Kemahiran Hidup. Walaupun, aku x minat, tapi memandangkan itulah satu2nya opsyen yang sesuai utk graduan kejuruteraan, aku terpaksa pilih.
Kawan baik aku, shikin dapat KPLI melalui GSTT.. aku tak boleh apply sebab taraf aku masa tu hanya guru ganti..terkilan nya rasa..marah pun ada, kenapa masa tahun 2003 aku jadi gstt, tak ada LPBS...sedih..sedih..susah betul rasanya nak jadi cikgu tetap masa tu..untung shikin yang jadi gstt masa tu..sepanjang shikin di Maktab Ipoh, aku lancarkan perang cemburu terhadap shikin..kesian dia..nak pakai lencana maktab pun aku x bagi...heheh..sori lah kin...
Aku dapat panggilan interview KPLI buat kali yang ke2. Aku study betul2, belajar melalui pengalaman interview kali pertama..Kalu tahun 2003, setengah jam aku dalam bilik interview, tapi kali ni hanyalah 10minit saja..bila disuruh keluar, aku enggan, rasa macam nak tanya kenapa tak tanya soalan banyak2 kat aku mcm interview kali pertama hari tu..bayangkan 10 minit je dalam bilik interview, apa sangat lah yang disoal..soalan luar negara pun, hanya di tanya apa yg kamu tahu berkenaan dgn isu luar negara sekarang? tu je..sessi soalan bahasa inggeris pun x ada...alamak, dalam hati mesti x dapat lagi...balik umh, apa lagi menagis lah jugak...sedey..gara2 masuk interview 10 minit je..
Aku x boleh terus memohon KPLI...entahkan dapat entahkan tidak..so, aku dgn shikin merancang untuk buat bisnes..aku nak buat pusat tuisyen..shikin stuju je..
Hari result KPLI kuar di inet, aku minta shikin tengokkan, dapat ke tak. Aku g cc di Kuala Kubu Bharu. Dalam perjalanan, aku dah bagi tahu shikin, aku nak dok dlm kereta je. Aku minta shikin check, dapat ke tak dapat, shikin mesti buat muka biasa je..jgn bagi tahu result tu sehinggalah aku sampai kat umh. takut2 x blh drive kalu tahu x dapat lagi KPLI.
Shikin masuk cc dan kuar cc dengan muka biasa je...tak senyum, x cakap pe2, x bawak ape2 kertas pun..aku pun tak ckp pe2 jgk, tak tanya pe2 pun..dalam hati berdebar2..rasa nak tanya, aku dpt ke tak..tapi..takut nati x blh drive plak...
Tp, agaknya,,,shikin pun x tahan nak bagi tau result KPLI ..shikin suruh aku park keta jap, pastu dia bagi tau aku dapat...syukur alhamdulillah..rupe2nya surat tawaran yg shikin print tu, dia simpan dalam poket seluarnya..apa aksi aku masa tahu dapat tu, malu lah nak citer kat sini..
terus call abah, inform kan berita baik ni..dapat kat Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut Trg. Abah n ma aku hepi..balik umh, surat tawaran tu, aku baca berkali2..masa tu baru lah perasan, jauh rupenya Besut tu. Perjalanan lebih kurang balik kelantan je..tapi x pe..aku hanya ada lebih kurang 10 hari sblm hari pendaftaran..
2005
5 Januari 2005, aku mendaftar di Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Trg..rasa syahdu bila masuk pintu pagar maktab..tepi pantai lagi...masa g daftar aku pakai kebaya..mana boleh pakai kebaya sebenarnya kat maktab.mana aku tahu masa tu...bayar yuran tu, yuran ni..baju t-shirt sampai 3 helai kena bayar, track bottom, topi...semuanya warna maroon+putih, even kasut pun kena 70% kaler putih..kalau x kena kapurkan kasut tu biar 70% warna kasut jadi putih..
  
 
Aku dapat roomate org dungun, trg. Kak Na namanya. Kesian kat dia, dia bt persiapan masuk maktab hanyalah 24jam saja. Katanya bila cek kat inet x dapat, tup2 sehari sebelum daftar dapat surat panggilan KPLI. Nasib baik, kak na org yang tabah dan berdikari..suaminya foreigner, org east timor..jadi segala keperluan anak2 kak na kn uruskan sendiri sebelum masuk maktab.
Kehidupan di maktab lebih kurang macam masa aku dok kat Sekolah Menengah Sains Dungun je. bezanya x payah pakai uniform sekolah, dan x perlu attend prep. Alhamdulillah, sepanjang pengajian di maktab selama 2 semester ( 10 bulan ) Allah, permudahkan semuanya, dari aku menyiapkan assignment hinggalah ke aktiviti lasak di laut, di hutan, di bukit..kawan2 satu opsyen dengan aku pun baik2 semuanya, walaupun datang dari latar belakang bidang pendidikan dan negeri yg berlainan, tetapi semuanya aku boleh go on..
 
ni suasana dalam kelas..muat utk 20 org pelatih..hari ni hari rabu, jadi kena pakai pakaian beruniform
ni pulak, bengkel KH..majaoriti masa pengajian dihabiskan di bengkel ni..
 
 
ni pulak, aktiviti semasa program Bina Insan Guru..wajib bt aktiviti ni..meredah sungai dengan berjalan dalam air melawan arus..sakit juga kaki..4 jam baru sampai balik kat base camp.




 
 ni plak dalam bot nelayan dari Pulau Rhu ke Pusat Perikanan Besut. Lepas buat aktiviti Pendidikan Luar, kitaorg x boleh balik sebab ombak besar. Satu2nya cara utk kitaorang balik, adalah dengan menaiki bot nelayan ni..tengok je lah ombak yang menganas tu..tapi sempat lagi posing..

Banyak lagi gambar2 kenangan semasa kat maktab yang sentiasa aku belek dan mengimbau balik kenangan suka duka semasa di maktab. 

Aku menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh selama 3 bulan bersama Rena Rozaina..Alhamdulillah, aku dan rena kena rentas...esok sambung lagi...

 

Sunday, August 23, 2009

LAWAK UNTA..

Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci.

Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja. Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan "alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.

Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras.

Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.

Dalam cemas, dia segera teringat pesan Pak Arab, lalu mengucapkan "Amin! Amin! Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul ditebing gaung.

Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."

P/S..Pikir lah sendiri, what happen next!!

Wednesday, August 19, 2009

MAKAN GUNA JARI

Ini adalah maklumat yang disampaikan oleh Ustazah Norzita yang telah dipanjangkan oleh nya dari Tok Guru Nik Aziz. Beliau berpesan, dalam keadaan darurat penularan macam-macam penyakit ( selsema, demam, batuk...) adalah digalakkan makan dengan menggunakan tangan. Ini adalah kerana pada tangan manusia, Allah telah sediakan penawar untuk penyakit yang datang dari makanan. Sebab tu lah, kita di sarankan menjilat jari kita apabila kita selesai makan. Kalu makan dengan sudu, tentulah tak boleh jilat tangan kita yang terdapat seribu penawar kepada penyakit yang berpunca dari makanan.

Kita semua sedia maklum, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah makan dengan menggunakan tiga jari dan menjilati jari-jari tersebut sesudah selesai makan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu makan dengan menggunakan tiga jari dan menjilati jari-jari tersebut sebelum dibersihkan.”
Kita juga dianjurkan untuk makan dengan tiga jari, iaitu jari tengah, jari telunjuk, dan manis, kerana hal tersebut menunjukkan tidak rakus dan ketawadhu’an. Akan tetapi hal ini berlaku untuk makanan yang boleh dimakan dengan menggunakan tiga jari.
Terdapat juga makanan yang tidak boleh dimakan dengan menggunakan tiga jari, maka diperbolehkan untuk menggunakan lebih dari tiga jari, misalnya nasi. Namun, makanan yang boleh dimakan dengan menggunakan tiga jari maka hendaknya kita hanya menggunakan tiga jari saja, kerana hal itu merupakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
p/s : Selamat Berpuasa...

Monday, August 17, 2009

Ayat-ayat CiNta...

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:

6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

RUMAH TERMAHAL DI DUNIA






















KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India , Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road , Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.

NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.

Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.

Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles .

Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.

Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.

"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya ," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.

Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.

Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.

Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India . Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.

Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk 'W' mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.

Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.

Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.

Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, "Pulau Naga", disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.

Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.

Fakta Menarik Antilla

· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.

· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.

· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.

· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.

· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.

Sunday, August 16, 2009

SUKA MEMBELI BELAH DI TESCO?

Dari mana datangnya perkataan TESCO ?

Ada yang kata TESCO = The ESrael COmpany
Dan ada yang kata ianya di ambil dari nama isteri Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Hehehe...x kisah lah mcmana asal-usul nya...yang penting kena ada duit kalu nak g shopping di TESCO...kalu x ada duit pun x pe, tapi kena ada lah kad kredit

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS




























TARIKH : 10-13 OGOS 2009

TEMPAT : Institut Aminuddin Baki ( IAB ) @ Institut Atas Bukit ( IAB jugak )



Aku baru balik dari menghadiri Kolokium Kajian Tindakan di IAB bersama-sama dengan my best friend Norashikin Mohd Yusof dari SK Rasa Selangor. Pembentang kertas semua nya hebat-hebat belaka. Tahun ni mulut aku tinggalkan di Kelantan..hanya mata dan telinga saja yang aku bawak. Insya allah tahun depan, aku nak jd presenter pulak...bermakna mulut aku x blh lah nak di tinggalkan di klate...

Kajian tindakan dah x asing bagi aku, sementelah aku dah siap buat 2 proposal dlm bidang sains. 1 proposal dah aku submit kan di PPD Hulu Selangor..tp akhirnya aku diarahkan buat surat tunjuk sebab kenapa aku x hantar laporan penuh ke PPD. Agak2 apa aku dapat kalu aku hantar laporan penuh tu ke PPD? X dapat ape..200% aku jamin. Lebih baik aku simpan laporan tu untuk program master aku..

Proposal ke 2, aku submit kat former school. Tapi, tak ada ape2, mungkin dah masuk bakul sampah kot...

Itu lah yang aku dapat simpulkan dari kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru, dan salah seorang darinya adalah aku. Kemana perginya semua kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru?

pilihan jawapannya..
a. masuk bakul sampah
b. dok dalam stor samaada di PPD atau JPN
c. terperap dalam fail kurikulum di sekolah
d. di panjangkan oleh PPD atau JPN yang kemudiannya diberikan sekeping kertas yang mengandungi ayat-ayat ..KAJIAN TINDAKAN TUAN/PUAN LAYAK DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN.

Jawapan...semua yang di atas

Bercakap tentang pengiktirafan, ada juga dibangkitkan tentang isu pengiktirafan kepada guru-guru yang menjalankan kajian tindakan ini. Rupa-rupanya pihak PPD/JPN sendiri pun tak tahu bagaimana nak bagi pengiktirafan macamana kepada guru-guru yg menjalankan kajian tindakan ni. So, kepada guru-guru yang menjalankan kajian tindakan ni, lakukanlah dengan ikhlas, berilah pengiktirafan sendiri kepada dapatan kajian anda itu..

Kepada presenter semasa Kolokium Kajian Tindakan ni, syabas di ucapkan. Anda semua memang hebat. Dapatan anda memang sempurna untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain. Syabas..


.








Ni cikgu shikin, my beh fren...