Tuesday, June 30, 2009

CUTI DI GENTING HIGHLANDS...

PUSAT KOMPUTER AZAM SEMAKIN DIKENALI RAMAI





Alhamdulillah...hanya itu yang boleh di ucapkan pada ahli keluarga dan kawan-kawan yang bertanya tentang perkembangan bisnes PUSAT KOMPUTER AZAM ini. Takut jugak pada awal pembukaan cybercafe ini, bimbang sekiranya tak ada yang datang, tapi, alhamdulillah, PUSAT KOMPUTER AZAM tetap menjadi pilihan untuk pelanggan mendapatkan perkhidmatan internet, fotostat, binding, laminating, mencetak dan tempat anak-anak sekolah bermain games..ada jugak yang datang melayari laman web yang 18sx, kononnya dok tempat tersorok, v ada yang tahu, tapi kami yang kat kaunter tergelak bila mana boleh melihat apa yang dilayarinya melalui browse management kami....minta maaf yea abang-abang blue....

Seronok jugak rasanya bila mana dapat menolong orang mencari maklumat kat internet, print..terutama untuk pelajar-pelajar sekolah menyiapkan kerja kursus..teringat zaman-zaman kat bangku sekolah dan di universiti dok pulun buat assignment...

Iwan...si comel yang baru berusia 7 tahun, iaitu pelanggan tetap PUSAT KOMPUTER AZAM..pandai betul dia main games. Malah, dia boleh ajar pulak orang yang lebih tua dari dia cara-cara bermain games...tu lah dia...kadang-kadang asyik muka dia aja kat depan komputer tu...

Okay,
Untuk semua pelanggan PUSAT KOMPUTER AZAM...terima kasih banyak-banyak...

BELUM ADA REZEKI LAGI....

Belum ada rezeki lagi...itu yang boleh aku tuturkan...Kini 2 orang buah hatiku dah jadi bidadari di syurga. Sorang nama Adam dan sorang nama Hawa..Doaku agar aku segera beroleh rezeki dari Allah ini...kalau boleh secepat yang boleh..amin