Sunday, April 12, 2009

Lambatnya fifi nak kuar...

Saban hari aku menghitung hari, lambatnya baby fifi ni nak kuar. Tak sabar rasanya nak ada si kecil itu di sisi, di depan mata.

Sekarang ni aku dah 4 bulan setengah. Bermakna ada lagi lebih 5 bulan lagi sebelum deliver.

Cuma aku berdoa, agar allah dapat " lepaskan " baby fifi ke dunia lebih awal, sementelah kesihatan aku tidak mengizinkan ini, bimbang sekiranya aku tidak dapat melihat baby fifi membesar depan mata. Cemburu melihat ibu-ibu yang lain mengandung, bersalin dan membesarkan anak-anak, cuma aku panjatkan doa kepada yang maha mengetahui agar perkenankan lah doaku.

our new baby born

PUSAT KOMPUTER AZAM
KINI BEROPERASI....
Akhirnya rancangan kami untuk membuka empayar perniagaan berasaskan internet tercapai. Sekalung tahniah kepada suamiku yang tersayang, yang telah mengeluarkan modal untuk melengkapkan PUSAT KOMPUTER AZAM.

Aku berharap agar PUSAT KOMPUTER AZAM dapat berkembang maju seiring dengan cyber cafe yang lain. Untuk suamiku, jangan tension-tension sewaktu mengendalikan cc ini, bimbang karang kalau temperature abang yang tak naik, takut temperature orang kat sebelah yang naik..hehehehehehehehehe...
I LOVE U lah darling...kesian jugak kat darling, tak dapat gi tengok perlawanan bola sepak Kelantan menentang Pulau Pinang sebab kena denda dek kerana telah ponteng "KERJA " masa perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan hari tu.
Untuk bakal pelanggan-pelanggan PUSAT KOMPUTER AZAM, selamat berurusan dengan kami. Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda dengan jaminan harga yang berpatutan. Percayalah.....
WORLDDDD