Wednesday, July 1, 2009

TANGGAL 30 JUN 2009..

Masya Allah, tarikh 30 Jun 2009 begitu berhantu sekali. Mana xnya, banyak benda yang perlu disetelkan sebelum hari menjengah 1 Julai 2009.

Pertamanya, sebagai guru data aku perlu daftarkan 2 orang staf sekolah untuk peperiksaan PTK. Susah jugak nak daftarkan mereka sebab aku x hadir taklimat di PPD hari tu. Tu lah, sapa suruh buat taklimat masa cuti sekolah. Masa taklimat tu diadakan, aku dok kat KL. Tapi setel jugak pada 30 Jun 2009. Alhamdulillah

Keduanya, tarikh akhir hantar e-filing pun pada 30 Jun 2009. Kesian Kak Tifah, saat-saat akhir aku setelkan e-filing dia. Nasib baik berjaya. Tambah-tambah lagi LHDN kena bayar balik ke Kak Tifah RM 88.00...Hah, boleh lah kita gi makan kat restoran tepi sungai...hehe...kek lapis Sarawak Kak Tifah pun sodap jugak...

Ketiganya, markah UBB Jun perlu diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan pada 30 Jun 2009. Nasib baik aku cuma tanda 3 kertas je. Sains dan English kelas 3 Bestari dan Sains kelas 5 Arif..tu pun dah buat aku jadi semput menandanya. Terima kasih kepada murid-murid kelas 5 Arif kerana telah buat kerja-kerja cikgu senang...Mana taknya..yang bahagian B x de jawapan...hah, senanglah cikgu tanda...tanda soal je semuanya. Lain kali, baik x payah datang exam...dok umh..tolong ayah menoreh getah untuk murid-murid lelaki dan ngasuh adik-adik untuk murid-murid perempuan..