Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci.
Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja. Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".
Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan "alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.
Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras.
Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.
Dalam cemas, dia segera teringat pesan Pak Arab, lalu mengucapkan "Amin! Amin! Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.
Akhirnya unta itu berhenti betul-betul ditebing gaung.
Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."
P/S..Pikir lah sendiri, what happen next!!
Sunday, August 23, 2009
LAWAK UNTA..
Wednesday, August 19, 2009
MAKAN GUNA JARI
Monday, August 17, 2009
Ayat-ayat CiNta...
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
RUMAH TERMAHAL DI DUNIA



KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India , Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road , Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.
NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.
Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.
Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles .
Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.
Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.
"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya ," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.
Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.
Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.
Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India . Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.
Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk 'W' mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.
Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.
Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.
Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, "Pulau Naga", disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.
Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.
Fakta Menarik Antilla
· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
Sunday, August 16, 2009
SUKA MEMBELI BELAH DI TESCO?
Dari mana datangnya perkataan TESCO ?
Ada yang kata TESCO = The ESrael COmpany
Dan ada yang kata ianya di ambil dari nama isteri Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen.
Hehehe...x kisah lah mcmana asal-usul nya...yang penting kena ada duit kalu nak g shopping di TESCO...kalu x ada duit pun x pe, tapi kena ada lah kad kredit
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS


TARIKH : 10-13 OGOS 2009
TEMPAT : Institut Aminuddin Baki ( IAB ) @ Institut Atas Bukit ( IAB jugak )
Aku baru balik dari menghadiri Kolokium Kajian Tindakan di IAB bersama-sama dengan my best friend Norashikin Mohd Yusof dari SK Rasa Selangor. Pembentang kertas semua nya hebat-hebat belaka. Tahun ni mulut aku tinggalkan di Kelantan..hanya mata dan telinga saja yang aku bawak. Insya allah tahun depan, aku nak jd presenter pulak...bermakna mulut aku x blh lah nak di tinggalkan di klate...
Kajian tindakan dah x asing bagi aku, sementelah aku dah siap buat 2 proposal dlm bidang sains. 1 proposal dah aku submit kan di PPD Hulu Selangor..tp akhirnya aku diarahkan buat surat tunjuk sebab kenapa aku x hantar laporan penuh ke PPD. Agak2 apa aku dapat kalu aku hantar laporan penuh tu ke PPD? X dapat ape..200% aku jamin. Lebih baik aku simpan laporan tu untuk program master aku..
Proposal ke 2, aku submit kat former school. Tapi, tak ada ape2, mungkin dah masuk bakul sampah kot...
Itu lah yang aku dapat simpulkan dari kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru, dan salah seorang darinya adalah aku. Kemana perginya semua kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru?
pilihan jawapannya..
a. masuk bakul sampah
b. dok dalam stor samaada di PPD atau JPN
c. terperap dalam fail kurikulum di sekolah
d. di panjangkan oleh PPD atau JPN yang kemudiannya diberikan sekeping kertas yang mengandungi ayat-ayat ..KAJIAN TINDAKAN TUAN/PUAN LAYAK DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN.
Jawapan...semua yang di atas
Kepada presenter semasa Kolokium Kajian Tindakan ni, syabas di ucapkan. Anda semua memang hebat. Dapatan anda memang sempurna untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain. Syabas..
.

Ni cikgu shikin, my beh fren...
Friday, August 7, 2009
SECOND OUTLET
Fushhhhh...lega, dah bayar deposit untuk second outlet. Luas kedainya dan siap ada 1 bilik lagi kat situ. Alhamdulillah..My hubby tanya nak jual apa kat kedai tu, entahlah..dalam fikiran aku sekarang ni nak buat jual barang-barang order macam rorine, cael deon, avon, tupperware, sattini, ecpi n etc...nampak nya second outlet tak jadi cc. Mungkin third outlet kat Nibong kot utk 2nd cc.
Sebenarnya aku dah lama aim deretan kedai kat situ. Kedainya kat tepi jalan besar, parking luas, dekat dengan kedai runcit, kedai makan, kedai air....Dulu owner dah naik iklan untuk disewa kedai yang no 6, tapi setiap kali nampak sign tu, aku buat dek je..sehinggalah pada suatu hari, aku suarakan kepada my hubby, apakata kalau aku amik kedai tu. My hubby setuju tapi esoknya aku balik ke Batang Kali. Dalam kepala ni dah berangan-angan dapat je kedai tu, bolehlah aku realisasikan angan-angan aku tu. Bila aku balik semula ke Panglima Bayu ni, pergi kat kedai tu, tengok-tengok iklan tu dah x ada. Habis macamana aku nak ctct owner, iklan pun dah x ada. Risik punya risik, rupe2nya baru semalam orang datang bayar deposit kedai yang no 6 tu. Frust nya aku rasa...My hubby kata x de rezeki, dia suruh aku jaga cc ni jelah..My mum pun kata x de rezeki jgk...seminggu dua lalu kat depan kedai tu, ralat jugak rasanya. Tapi rupa2nya ada hikmah di sebalik ketiadaan rezeki aku pada ketika itu..
Semalam balik dari Tanah Merah, aku terperasan ada iklan yang aku pernah tgk dulu..Kedai no 5 kosong dan untuk disewa. Malam tu jugak, kul 11mlm aku cal makcik yah, nak kan kedai yang no 5 tu. Mak Cik Yah kata dia akan call balik. Alamak, nak bagi ke tak nak ke aku. Pagi esoknya kul 7pg lagi makcik yah call aku n bagitau di anak bagi sewa kedai tu kat aku. Alhamdulillah.. Aku call my mum, dia bagitau orait le jugak kalu aku amik kedai tu. My hubby...hmmm kul 7pg, tengah dok zzzz lagi. nanti sambung citer ni....dah maghrib daaaaa
Monday, July 27, 2009
FAKTA MENGENAI AIR KENCING
Tahukah anda???
1. Kencing manis ketika hamil biasanya berlaku pada bulan kelima atau keenam kehamilan tetapi pada sesetengah wanita, kandungan gula dalam darah akan meningkat secara mendadak pada minggu ke-32 (lapan bulan kehamilan). Ia terjadi kerana perubahan paras puncak hormon dan adalah di luar kawalan setiap individu.
2. Sekiranya air kencing kita tidak berbuih, ia bermaksud kita mengalami masalah pada buah pinggang. Air kencing yang sihat akan berbuih apabila kita kencing. Jika ingin buih yang lebih cantik dan menawan, kencinglah secara berdiri dan duduk bergilir gilir, tarik air kencing anda seperti membuat teh tarik.. Wallla…. anda pasti akan kagum dengan buih buih nya.
3. Seorang ahli akademik Thailand berkata, meminum segelas air kencing sehari dapat membantu kita menghilangkan masalah resdung, menghitamkan rambut dan melambatkan proses penuaan serta mampu merawat kanser. Tapi masalahnya…. lalu ke nak minum air kencing?? Uwekkkk yek yek yek !!
4. Air kencing yang sihat berwarna putih jernih. Sekiranya kencing anda berwarna kuning, ini bermakna tubuh anda kekurangan air. Tapi awas jika kencing anda berwarna putih susu, jika ia berlaku anda sebenarnya mengalami gangguan sexual.
5. Kita di galakkan berdehem ketika kencing. Ini kerana ketika berdehem, otot kita mengecut dan ia akan merembes keluar saki baki air kencing yang terperangkap dalam terowong laluannya. Berdehem lah sesuka hati anda tanpa menganggu jiran di tandas sebelah.
6. Anak murid biasanya lebih aktif ketika kencing daripada guru. Sebab itulah adanya peribahasa Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
7. Salah satu tanda kencing manis ialah anggota badan terutamanya kaki sentiasa terasa semut semut. Sebenarnya sewaktu itu, semut telah dapat mengesan kemanisan air kencing kita dan mereka secara invisiblenya datang untuk menyemut nyemutkan diri mereka di anggota badan kita.
8. Hati hati dengan orang yang kuat kencing. Orang yang kuat kencing itu biasanya penipu. Mereka lebih glamer di kenali sebagai Kaki Kencing.
Berikut adalah pemahaman mengenai cara LELAKI kencing.
Lelaki normal : Masuk ke toilet, sekiranya penuh, keluar dan kencing di balik pokok.
Lelaki rempit : Selalu ikut member member nya ke toilet walaupun dia tidak nak buang air kecil.
Lelaki juling : Curi2 pandang lelaki di sebelahnya ketika sedang kencing.
Lelaki pemalu : Jika merasa di lihat di intai oleh orang lain, air kencingnya tidak keluar,
tapi pura2 kencing, kemudian keluar dan kembali lagi kemudian untuk kencing sesi kedua.
Lelaki suka berangan: Membuka seluar dalam dan lalu kencing di atas seluar sendiri.
Lelaki effisien : Meskipun terasa nak kencing, tapi ditahan dulu sampai masa untuk
buang air besar, baru kemudian melakukan keduanya dalam satu waktu. Sungguh effisien.
Lelaki pemabuk : Suka kencing atas kaki sendiri.
Lelaki palsu: Kencing di toilet wanita!
Lelaki cover : Pakai seluar yang abis dikencinginya.
Lelaki serabai : Pakai seluar yang dikencinginya dulu tapi di cium dulu seluar dalamnya
kot kot sudah bertukar bau durian.
Lelaki kreatif : Kalau kencing kakinya diangkat satu…
Lelaki rambu : Suka kencing jiran tetangga
Lelaki funky: Kencing di tempat public.
Lelaki sial : Selalu kencing kawan kawannya
Lelaki kaki enjoy : Kencing sambil mengeluarkan bunyi bunyi ghairah
Lelaki jimat masa : Cuma buka zip, keluarkan anu dia pastu terus pancutt
Lelaki moody : Biasanya pakai pampers
Lelaki kurang ajar : Kencing dan di ikuti dengan kentut.
Lelaki buta huruf : Kencing di toilet yang di letakkan sign ROSAK atau Tandas Sedang Di Bersihkan.
Lelaki hiphop : Kencing sambil kejang2 breakdance
Lelaki pembenci : Kencing dah ludah kencing sendiri
Lelaki ramah : Suka ajak orang sebelah bersembang sambil kencing, tak kira sapa kat sebelah dia.
Lelaki percaya diri : Selepas kencing, anunya dibawa berjalan jalan ke sinki.
Lelaki pelupa : Selepas kencing, keluar toilet, terburu buru masuk balik sebab ada beberapa titis lagi air kencing yang tertinggal.
Lelaki dermawan : Kencing tak keluar tapi tetap bayar 20 sen.
Friday, July 24, 2009
JOM, MANDI SONGSANG...
Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri. Pernah cuba ke? Aku belum lagi....tapi nampak artikel ni cam menarik je..
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan badan. Jadi , apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahibahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandihadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)
KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
- Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.
- Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian
- otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
- Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya
- seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap
- kesihatan yang maksimum.
- Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Menjadikan pengamal semakin pintar
- Meninggikan daya ingatan
- Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
- Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
- Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
- Memiliki daya ketahanan mental
- Menambahkan semangat berani
- Menguatkan gusi dan gigi
JOM KITA CUBA...YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T...
Thursday, July 23, 2009
CIKGU, JGN JILAT PELEKAT SAMPUL SURAT
Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California . Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.
Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doctor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedah an kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjolan pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya.
Ini adalah kisaha benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis: "Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat ". "Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!". "Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah". "Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat . Saya tidak pernah faham mengapa. "Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"
INGAT TUE…BAHAYA! !!
AMARAN!!! Jangan Jilat Sampul Surat
Wednesday, July 22, 2009
PETUA UTK MENJAGA DIRI
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
InsyaAllah...kita hanya berusaha dan Allah swt yg akan tentukan....
Tuesday, July 21, 2009
Monday, July 20, 2009
10 kebaikan coca-cola
Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian saintifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola.
Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gelen Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas: Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam, kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci. Kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome: Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta: Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian: Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama ke arah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki (bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin), pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau "Bahan Penghakis: bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.....Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi.
Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi, 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Sesiapa sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladang menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas, sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah.
Semua fakta di atas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains, khasnya kimia masa sekolah dulu bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
ASAL-USUL POKOK GETAH
Pada hari ini dalam tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low. Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar. Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan. Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar. Kini, selepas lebih seabad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, kini telah menjadi bahan ekonomi yang penting di Malaysia. Dengan wujudnya Lembaga Getah Malaysia, tanaman getah berupaya melonjakkan ekonomi negara.Pada tanggal ini juga, anak-anak pokok getah ini akan juga menjadi sebahagian dari statistik di atas selain turut menjadi pelengkap kepada Lembaga Getah Malaysia. Sebanyak 2000 anak getah ini akan di tanam di atas tanah bertuah sebanyak 12 ekar milik suamiku yang tersayang..Cepat-cepatlah boleh noreh...
KISAH BENAR TENTANG DATO' DR. FADZILLAH KAMSAH
Ni dari dato'.....
Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...
samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih,
Wednesday, July 1, 2009
TANGGAL 30 JUN 2009..
Masya Allah, tarikh 30 Jun 2009 begitu berhantu sekali. Mana xnya, banyak benda yang perlu disetelkan sebelum hari menjengah 1 Julai 2009.
Pertamanya, sebagai guru data aku perlu daftarkan 2 orang staf sekolah untuk peperiksaan PTK. Susah jugak nak daftarkan mereka sebab aku x hadir taklimat di PPD hari tu. Tu lah, sapa suruh buat taklimat masa cuti sekolah. Masa taklimat tu diadakan, aku dok kat KL. Tapi setel jugak pada 30 Jun 2009. Alhamdulillah
Keduanya, tarikh akhir hantar e-filing pun pada 30 Jun 2009. Kesian Kak Tifah, saat-saat akhir aku setelkan e-filing dia. Nasib baik berjaya. Tambah-tambah lagi LHDN kena bayar balik ke Kak Tifah RM 88.00...Hah, boleh lah kita gi makan kat restoran tepi sungai...hehe...kek lapis Sarawak Kak Tifah pun sodap jugak...
Ketiganya, markah UBB Jun perlu diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan pada 30 Jun 2009. Nasib baik aku cuma tanda 3 kertas je. Sains dan English kelas 3 Bestari dan Sains kelas 5 Arif..tu pun dah buat aku jadi semput menandanya. Terima kasih kepada murid-murid kelas 5 Arif kerana telah buat kerja-kerja cikgu senang...Mana taknya..yang bahagian B x de jawapan...hah, senanglah cikgu tanda...tanda soal je semuanya. Lain kali, baik x payah datang exam...dok umh..tolong ayah menoreh getah untuk murid-murid lelaki dan ngasuh adik-adik untuk murid-murid perempuan..
Tuesday, June 30, 2009
PUSAT KOMPUTER AZAM SEMAKIN DIKENALI RAMAI
Seronok jugak rasanya bila mana dapat menolong orang mencari maklumat kat internet, print..terutama untuk pelajar-pelajar sekolah menyiapkan kerja kursus..teringat zaman-zaman kat bangku sekolah dan di universiti dok pulun buat assignment...
Iwan...si comel yang baru berusia 7 tahun, iaitu pelanggan tetap PUSAT KOMPUTER AZAM..pandai betul dia main games. Malah, dia boleh ajar pulak orang yang lebih tua dari dia cara-cara bermain games...tu lah dia...kadang-kadang asyik muka dia aja kat depan komputer tu...
Okay,
Untuk semua pelanggan PUSAT KOMPUTER AZAM...terima kasih banyak-banyak...
BELUM ADA REZEKI LAGI....
Belum ada rezeki lagi...itu yang boleh aku tuturkan...Kini 2 orang buah hatiku dah jadi bidadari di syurga. Sorang nama Adam dan sorang nama Hawa..Doaku agar aku segera beroleh rezeki dari Allah ini...kalau boleh secepat yang boleh..amin
Sunday, April 12, 2009
Lambatnya fifi nak kuar...
Saban hari aku menghitung hari, lambatnya baby fifi ni nak kuar. Tak sabar rasanya nak ada si kecil itu di sisi, di depan mata.
Sekarang ni aku dah 4 bulan setengah. Bermakna ada lagi lebih 5 bulan lagi sebelum deliver.
Cuma aku berdoa, agar allah dapat " lepaskan " baby fifi ke dunia lebih awal, sementelah kesihatan aku tidak mengizinkan ini, bimbang sekiranya aku tidak dapat melihat baby fifi membesar depan mata. Cemburu melihat ibu-ibu yang lain mengandung, bersalin dan membesarkan anak-anak, cuma aku panjatkan doa kepada yang maha mengetahui agar perkenankan lah doaku.
our new baby born
Aku berharap agar PUSAT KOMPUTER AZAM dapat berkembang maju seiring dengan cyber cafe yang lain. Untuk suamiku, jangan tension-tension sewaktu mengendalikan cc ini, bimbang karang kalau temperature abang yang tak naik, takut temperature orang kat sebelah yang naik..hehehehehehehehehe...
Monday, July 21, 2008
Aku cuba menghirup udara baru....selagi berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi
Itulah lumrah hidup...cuba berpegang kepada janji allah...bahawa sesungguhnya allah tidak akan membebankan hambanya di luar kemampuan hambanya itu.....segala ujian yang datang adalah mampu dipikul oleh hambanya yang beriman dan bertaqwa...











.jpg)









