Tuesday, June 30, 2009
PUSAT KOMPUTER AZAM SEMAKIN DIKENALI RAMAI
Seronok jugak rasanya bila mana dapat menolong orang mencari maklumat kat internet, print..terutama untuk pelajar-pelajar sekolah menyiapkan kerja kursus..teringat zaman-zaman kat bangku sekolah dan di universiti dok pulun buat assignment...
Iwan...si comel yang baru berusia 7 tahun, iaitu pelanggan tetap PUSAT KOMPUTER AZAM..pandai betul dia main games. Malah, dia boleh ajar pulak orang yang lebih tua dari dia cara-cara bermain games...tu lah dia...kadang-kadang asyik muka dia aja kat depan komputer tu...
Okay,
Untuk semua pelanggan PUSAT KOMPUTER AZAM...terima kasih banyak-banyak...
BELUM ADA REZEKI LAGI....
Belum ada rezeki lagi...itu yang boleh aku tuturkan...Kini 2 orang buah hatiku dah jadi bidadari di syurga. Sorang nama Adam dan sorang nama Hawa..Doaku agar aku segera beroleh rezeki dari Allah ini...kalau boleh secepat yang boleh..amin
Sunday, April 12, 2009
Lambatnya fifi nak kuar...
Saban hari aku menghitung hari, lambatnya baby fifi ni nak kuar. Tak sabar rasanya nak ada si kecil itu di sisi, di depan mata.
Sekarang ni aku dah 4 bulan setengah. Bermakna ada lagi lebih 5 bulan lagi sebelum deliver.
Cuma aku berdoa, agar allah dapat " lepaskan " baby fifi ke dunia lebih awal, sementelah kesihatan aku tidak mengizinkan ini, bimbang sekiranya aku tidak dapat melihat baby fifi membesar depan mata. Cemburu melihat ibu-ibu yang lain mengandung, bersalin dan membesarkan anak-anak, cuma aku panjatkan doa kepada yang maha mengetahui agar perkenankan lah doaku.
our new baby born
Aku berharap agar PUSAT KOMPUTER AZAM dapat berkembang maju seiring dengan cyber cafe yang lain. Untuk suamiku, jangan tension-tension sewaktu mengendalikan cc ini, bimbang karang kalau temperature abang yang tak naik, takut temperature orang kat sebelah yang naik..hehehehehehehehehe...
Monday, July 21, 2008
Aku cuba menghirup udara baru....selagi berbumbungkan langit dan berlantaikan bumi
Itulah lumrah hidup...cuba berpegang kepada janji allah...bahawa sesungguhnya allah tidak akan membebankan hambanya di luar kemampuan hambanya itu.....segala ujian yang datang adalah mampu dipikul oleh hambanya yang beriman dan bertaqwa...




.jpg)









