Thursday, December 31, 2009
NEW YEAR 2010
Wednesday, December 16, 2009
2nd ANNIVERSARY...
Tuesday, December 15, 2009
PUAS HATI CHECK-UP DI HOSPITAL PUSRAWI
Friday, December 4, 2009
PERKEMBANGAN BAYI
1)Dari Usia Seminggu Hingga ke 40 minggu
Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama – minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Pada minggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.
Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur – angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.
Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.
Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.
Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.
Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.
Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau “varicose vein” dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.
Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.
Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.
Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.
Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.
Jangan hidupkan pendingin hawa kereta serta-merta!!!
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.
Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).
Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene.
Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan… dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar.
Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.
p/s:perlu disimpan untuk ingatan/waspada selalu bila mula2 naik kereta!!!
Wednesday, December 2, 2009
*Cerita*di*pagi*khamis*
Tuesday, December 1, 2009
BUDU
Monday, November 30, 2009
Sejujurnya....
Tuesday, September 29, 2009
m*i*s*c*a*r*r*i*a*g*e
Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan, maka janganlah Engkau biarkan diriku terlepas dari kasih-sayangMu sekelip mata pun dan perbaikilah selalu keadaanku, tiada Tuhan selain Engkau.
Aku memohon ampun kepada Allah, yang tiada Tuhan selain Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri sendiri; dan aku bertaubat kepadanya.
Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang telah berbuat zalim.
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu dan anak dari hamba lelaki dan perempuanMu. Hidupku ditanganMu. Telah berlalu qadha Mu padaku dan sungguh adil hukuman yang Engkau putuskan terhadapku. Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang Engkau miliki yang dengannya Engkau namakan diriMu sendiri, yang Engkau cantumkan dalam KitabMu, yang telah Engkau ajarkan kepada seseorang di antara makhlukMu (NabiMu), atau dengan semua namaMu yang masih tersimpan dalam pengetahuan ghaib yang ada disisiMu, agar kiranya Engkau berkenan menjadikan Al’Quran sesuatu yang rimbun dalam hatiku, cahaya dadaku, penglipur kesedihan dan pengusir kecemasanku.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan, kelemahan dan kemalasan, kekikiran dan sifat penakut, dan dari bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat)”.
GENAP 5 BULAN BEROPERASI....
Monday, September 28, 2009
calculate my due date
Monday, September 14, 2009
Alkisah KPLI
Aku menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh selama 3 bulan bersama Rena Rozaina..Alhamdulillah, aku dan rena kena rentas...esok sambung lagi...
Sunday, August 23, 2009
LAWAK UNTA..
Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci.
Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja. Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah..." Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".
Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan "alhamdulillahhhh..." Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.
Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras.
Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.
Dalam cemas, dia segera teringat pesan Pak Arab, lalu mengucapkan "Amin! Amin! Amin! "berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.
Akhirnya unta itu berhenti betul-betul ditebing gaung.
Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya, Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."
P/S..Pikir lah sendiri, what happen next!!
Wednesday, August 19, 2009
MAKAN GUNA JARI
Monday, August 17, 2009
Ayat-ayat CiNta...
Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..
RUMAH TERMAHAL DI DUNIA
KOS pembinaan rumah jutawan petrokimia India , Mukesh Ambani setinggi 27 tingkat di Altamount Road , Mumbai melampaui belanjawan membina hotel ternama dan dikenal pasti rumah termahal di dunia. 'Istana' yang dinamakan Antilla itu dijangka siap awal tahun depan.
NITA Ambani bukan sembarangan wanita, dia adalah isteri jutawan petrokimia tersohor Mumbai sekali gus peneraju Reliance Industries, Mukesh Ambani. Sehingga Mac tahun ini, Mukesh dengan anggaran aset RM142 bilion (AS$43 bilion) dinobatkan laman web Forbes lelaki kelima terkaya di dunia.
Sebagaimana wanita lain di dunia, Nita cukup bertuah kerana suaminya sanggup membina kediaman mewah dan selesa 27 tingkat bernilai RM6.6 bilion (AS$2 bilion) buat diri dan tiga anaknya.
Tanggungjawab membina rumah impian Nita dan suaminya itu diamanahkan sepenuhnya kepada firma arkitek Perkins + Wills and Hirsch Bedner yang sebelum ini diakui kebolehan mereka melalui pembangunan Mandarin Oriental Dallas dan Los Angeles .
Pengarah Pemasaran Hirsch Bedner Associates, Thomas Johnson, berkata arkitek dan juru hias dalamannya bertungkus lumus menyiapkan pelan lantai, memikirkan reka bentuk seterusnya menentukan konsep serta tema bangunan. Pembinaan kediaman mewah di Altamount Road, Mumbai di atas tapak tanah seluas 4939.81 meter persegi bermula penghujung 2006 dan dijangka siap untuk diduduki pada September 2008.
Bangunan pencakar langit seperti istana itu digelar Antilla bersempena nama sebuah pulau sarat mitos. Kos pembinaannya melampaui belanjawan membina hotel ternama dengan setiap tingkat ditampilkan ukuran, bahan dan struktur seni bina berbeza meliputi lantai, lampu, pintu, bingkai tingkap dan sebagainya.
"Sekiranya aras sembilan menitipkan kemasan logam dan kayu disulami sentuhan kristal, tingkat 11 tidak akan mengetengahkan unsur itu lagi. Ini permintaan Nita yang mahukan pertembungan konsep dengan elemen seni bina bagi ruang konsisten tanpa ada pengulangan gaya ," kata pakar hiasan dalaman Hirsch Bedner Associates.
Struktur seni bina berkenaan dibentuk menerusi prinsip Vaastu yang boleh disamakan dengan feng shui. Matlamat utamanya untuk mendapatkan aliran pergerakan sihat ruang berpandukan susun atur strategik bilik, objek dan kemasan. Kuarters keluarga yang memuatkan sebuah lobi dan menghimpunkan sembilan lif, beberapa bilik penyimpanan serta ruang bersantai terletak di aras tujuh selepas enam tingkat tempat meletak kereta untuk 170 lot parkir. Sebaik menuruni dua sayap tangga dengan selusur bersepuh perak, tetamu bertemu dewan tari menari berhias siling kristal.
Ruang ini menjadi wadah seni menerusi sisipan monitor LCD lengkap sistem pembesar suara selain dibina sebuah pentas pertunjukan. Sesuai statusnya sebagai usahawan ternama, Mukesh sering menganjurkan majlis korporat di kediamannya. Namun, pandangan isteri dan anak-anak yang menginginkan gaya penataan menggambarkan akar umbi bangsa tidak diabaikan.
Buktinya, sinki yang dibina memanjang dari ruang santai berlanjutan ke ruang hiburan dilengkapi pawagam dan stor wine direka menyerupai daun gingko, spesies tumbuhan yang dekat dengan masyarakat India . Saliran paipnya menampilkan rekaan mirip batang daun yang 'menjalar' hingga ke sinki. 'Health level', aras yang dikhususkan untuk sukan dan riadah menempatkan patio, kolam renang, gimnasium dan studio yoga. Pasangan Ambani memenuhi kawasan patio dengan pelbagai spesies pokok tempatan.
Aras ini juga menyediakan bilik berais khusus kegunaan penghuni dan tetamu melarikan diri dari bahang cuaca kota Mumbai. Menariknya, bilik sejuk ini menawarkan pengalaman berada di negara empat musim apabila disertakan hujan salji buatan manusia. Pada ketika cuaca nyaman, Ambani sekeluarga berpeluang menghirup udara segar yang ditawarkan empat tingkat landskap terbuka. Kayu yang menguatkan alang dan menyokong dua pertiga bahagian atas bangunan berbentuk 'W' mengilhamkan atrium terbuka untuk taman dan halaman.
Landskap hidroponik dan pokok bersifat kekal elemen paling rumit direalisasikan namun kewujudannya didorong dengan sebab. Keupayaan tumbuh-tumbuhan menyerap cahaya matahari dimanfaatkan menjadi sumber tenaga yang boleh diubahsuai merujuk keperluan. Menerusinya, suasana kediaman pada musim panas boleh menjadi dingin manakala ketika cuaca sejuk, suhu menyamankan tubuh. Empat tingkat teratas dijadikan ruang peribadi Ambani sekeluarga termasuk ibunya, Kokilaben. Istimewanya ruang ini kerana menampilkan pemandangan Laut Arab dan seluruh kota Mumbai.
Menurut Penolong Jurutera BMC, syarikat yang bertanggungjawab mereka pelan cadangan bagi pembinaan bangunan ini, kira-kira 600 pekerja bakal digajikan Mukesh bagi membersih, menjaga dan menyelenggara kediamannya. Antilla atau Antillia adalah pulau puaka yang dipercayai berada di tengah Lautan Atlantik di barat Sepanyol. Nama lain pulau mistik ini adalah Isle of Seven Cities, Ilha das Sete Cicades (bahasa Portugis), Septe Cicades, Sanbrandan atau St Brendan dan sebagainya.
Nama asalnya tidak diketahui. Etimologi tertua dikeluarkan pada 1455 menghubung-kaitkan nama itu dengan platonik Atlantis, manakala versi terkemudian mengaitkannya dengan Jezirat Al Tenny, "Pulau Naga", disebut Pulau Naga oleh ahli geografi Arab. Legenda pulau bermula pada 74 Tahun Masihi apabila Quintus Sertorius, komander tentera dan konsulat Sepanyol yang baru pulang dari medan pertempuran Mauretania (Utara Maghribi) bertemu kelasi berpengalaman singgah di pulau Atlantik.
Teruja dengan cerita kelasi berkenaan, Sertorius memasang tekad mencari pulau terbabit sebelum mengambil keputusan menetap di situ.
Fakta Menarik Antilla
· Merujuk pelan, bangunan ini menawarkan ketinggian 173.12 meter bersamaan ketinggian bangunan 60 tingkat. Namun, disebabkan Antilla memperuntukkan 27 tingkat, ini bermakna setiap arasnya dilengkapi siling berketinggian lebih tiga meter daripada ukuran sepatutnya.
· Enam tingkat tempat meletak kereta bakal memuatkan 170 kereta import tuan rumah. Turut disediakan pusat servis kereta yang ditempatkan di aras tujuh.
· Tingkat lapan mengandungi pusat hiburan lengkap mini pawagam dengan kapasiti 50 orang pada satu masa.
· Dua tingkat di atas 'health level' menempatkan unit pangsapuri berdinding kaca untuk penginapan tetamu.
· Dua tingkat di atas kediaman keluarga diperuntukkan sebagai kawasan penyelenggaraan. Di atasnya pula, disediakan 'ruang udara' berfungsi sebagai bilik kawalan untuk helikopter mendarat.
Sunday, August 16, 2009
SUKA MEMBELI BELAH DI TESCO?
Dari mana datangnya perkataan TESCO ?
Ada yang kata TESCO = The ESrael COmpany
Dan ada yang kata ianya di ambil dari nama isteri Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen.
Hehehe...x kisah lah mcmana asal-usul nya...yang penting kena ada duit kalu nak g shopping di TESCO...kalu x ada duit pun x pe, tapi kena ada lah kad kredit
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI GENTING HIGHLANDS
TARIKH : 10-13 OGOS 2009
TEMPAT : Institut Aminuddin Baki ( IAB ) @ Institut Atas Bukit ( IAB jugak )
Aku baru balik dari menghadiri Kolokium Kajian Tindakan di IAB bersama-sama dengan my best friend Norashikin Mohd Yusof dari SK Rasa Selangor. Pembentang kertas semua nya hebat-hebat belaka. Tahun ni mulut aku tinggalkan di Kelantan..hanya mata dan telinga saja yang aku bawak. Insya allah tahun depan, aku nak jd presenter pulak...bermakna mulut aku x blh lah nak di tinggalkan di klate...
Kajian tindakan dah x asing bagi aku, sementelah aku dah siap buat 2 proposal dlm bidang sains. 1 proposal dah aku submit kan di PPD Hulu Selangor..tp akhirnya aku diarahkan buat surat tunjuk sebab kenapa aku x hantar laporan penuh ke PPD. Agak2 apa aku dapat kalu aku hantar laporan penuh tu ke PPD? X dapat ape..200% aku jamin. Lebih baik aku simpan laporan tu untuk program master aku..
Proposal ke 2, aku submit kat former school. Tapi, tak ada ape2, mungkin dah masuk bakul sampah kot...
Itu lah yang aku dapat simpulkan dari kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru, dan salah seorang darinya adalah aku. Kemana perginya semua kajian tindakan yang dibuat oleh guru-guru?
pilihan jawapannya..
a. masuk bakul sampah
b. dok dalam stor samaada di PPD atau JPN
c. terperap dalam fail kurikulum di sekolah
d. di panjangkan oleh PPD atau JPN yang kemudiannya diberikan sekeping kertas yang mengandungi ayat-ayat ..KAJIAN TINDAKAN TUAN/PUAN LAYAK DIBERIKAN PENGIKTIRAFAN.
Jawapan...semua yang di atas
Kepada presenter semasa Kolokium Kajian Tindakan ni, syabas di ucapkan. Anda semua memang hebat. Dapatan anda memang sempurna untuk dikongsikan bersama-sama dengan orang lain. Syabas..
.
Ni cikgu shikin, my beh fren...
Friday, August 7, 2009
SECOND OUTLET
Fushhhhh...lega, dah bayar deposit untuk second outlet. Luas kedainya dan siap ada 1 bilik lagi kat situ. Alhamdulillah..My hubby tanya nak jual apa kat kedai tu, entahlah..dalam fikiran aku sekarang ni nak buat jual barang-barang order macam rorine, cael deon, avon, tupperware, sattini, ecpi n etc...nampak nya second outlet tak jadi cc. Mungkin third outlet kat Nibong kot utk 2nd cc.
Sebenarnya aku dah lama aim deretan kedai kat situ. Kedainya kat tepi jalan besar, parking luas, dekat dengan kedai runcit, kedai makan, kedai air....Dulu owner dah naik iklan untuk disewa kedai yang no 6, tapi setiap kali nampak sign tu, aku buat dek je..sehinggalah pada suatu hari, aku suarakan kepada my hubby, apakata kalau aku amik kedai tu. My hubby setuju tapi esoknya aku balik ke Batang Kali. Dalam kepala ni dah berangan-angan dapat je kedai tu, bolehlah aku realisasikan angan-angan aku tu. Bila aku balik semula ke Panglima Bayu ni, pergi kat kedai tu, tengok-tengok iklan tu dah x ada. Habis macamana aku nak ctct owner, iklan pun dah x ada. Risik punya risik, rupe2nya baru semalam orang datang bayar deposit kedai yang no 6 tu. Frust nya aku rasa...My hubby kata x de rezeki, dia suruh aku jaga cc ni jelah..My mum pun kata x de rezeki jgk...seminggu dua lalu kat depan kedai tu, ralat jugak rasanya. Tapi rupa2nya ada hikmah di sebalik ketiadaan rezeki aku pada ketika itu..
Semalam balik dari Tanah Merah, aku terperasan ada iklan yang aku pernah tgk dulu..Kedai no 5 kosong dan untuk disewa. Malam tu jugak, kul 11mlm aku cal makcik yah, nak kan kedai yang no 5 tu. Mak Cik Yah kata dia akan call balik. Alamak, nak bagi ke tak nak ke aku. Pagi esoknya kul 7pg lagi makcik yah call aku n bagitau di anak bagi sewa kedai tu kat aku. Alhamdulillah.. Aku call my mum, dia bagitau orait le jugak kalu aku amik kedai tu. My hubby...hmmm kul 7pg, tengah dok zzzz lagi. nanti sambung citer ni....dah maghrib daaaaa